Tuesday, 1 November 2011


Hari Pertama Saya di PTSS

Hari pertama saya di PTSS sangat seronok kerana saya saya akan mendapat ramai kawan di sini dan juga menyedihkan kerana saya akan meninggalkan keluarga tersayang. Keadaan semasa pendaftaran begitu sibuk dengan karenah pelajar-pelajar yang datang mendaftar.
Selepas pendaftaran, saya diberi kunci bilik dan saya bersama keluarga pergi ke bilik yang diberi. Setelah sampai di bilik saya, kami membersihkan bilik itu kerana bilik itu begitu kotor dan berdebu. Barang-barang dalam bilik saya seperti kerusi dan langsir juga tidak mencukupi menyebabkan ayah saya terpaksa mencarinya. Setelah selesai membersihkan bilik, saya dan keluarga saya mengangkat barang-barang yang saya bawa. Selepas mengemas dan menyusun barang saya, keluarga saya pun pulang dan saya harus ke dewan kerana ada aktiviti.
Pelbagai akitiviti dilakukan selepas pendaftaran dan aktiviti yang dijalankan tidak begitu seronok dan membosankan. Fasilitator yang mengendalikan aktiviti yang dijalankan bersikap dingin dan suka marah. Dengan sikap mereka itu menyebabkan para pelajar tidak suka dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan berlarutan hingga ke malam dan menyebabkan para pelajar letih dan mengantuk.
Minggu orientasi dijalankan selama seminngu. Setelah seminggu berlalu para pelajar termasuk saya berasa sangat gembira kerana aktiviti yang memenatkan sudah pun habis. Walaupun begitu, saya merasa sangat gembira kerana ini merupakan pengalaman saya di PTSS.  

1 comment: