Persiapan Saya Untuk Peperiksaan Akhir
Peperiksaan akhir akan menjelang tidak lama lagi. Saya berasa sangat gementar dan takut kerana saya belum membuat apa-apa lagi persiapan. Saya berasa begitu malas untuk membaca buku. Subjek-subjek yang akan masuk peperiksaan akhir sangatlah payah dan susah untuk saya fahami seperti shorthand dan trengkas.
Langkah yang perlu saya ambil untuk menghadapi peperiksaan akhir ialah saya akan mengikis sifat saya yang tidak suka membaca buku dan saya akan menghafal point-point, nota-nota yang diberi oleh pensyarah. Selain itu, saya juga akan membuat lebih banyak latihan tentang subjek yang tidak saya fahami. Subjek seperti shorthand dan trengkas memerlukan masa untuk saya memahami.
Akhir sekali, antara usaha lain yang dapat membantu saya juga ialah sembahyang lima waktu dan memperbanyakkan membaca al-quran. Itu yang saya perlu saya lakukan untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment